Pada 13 Oktober 2015, satu
pelancaran program pencegahan denggi yang diberi nama program “Dengue Patrol”
telah diadakan di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Slim River. Dengue Patrol adalah sebuah program
kemasyarakatan yang ditaja oleh Sanofi Pasteur. Program ini adalah sebahagian
daripada komitmen berterusan Sanofi Pasteur untuk mengambil langkah proaktif
yang melibatkan pendidikan dan penyertaan orang ramai terutamanya generasi muda
bagi meningkatkan kesedaran tentang denggi dan kesihatan awam serta
mempromosikan langkah pencegahan untuk perlindungan yang lebih luas untuk
penyakit ini.
Ucapan Perasmian Oleh Tn. Hj. Saaidin B. Ardi, Guru Besar SK Slim River.
Di dalam ucapan beliau, beliau menyeru agar pelajar-pelajar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan rumah seperti membuang sampah ke dalam tong sampah kerana amalan tersebut boleh mengelakkan sampah tersebut menjadi tempat takungan air dan seterusnya boleh mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.
Simbolik Program Dengue Patrol |
Gimik pelancaran iaitu guru besar perlu menggelek bola untuk menjatuhkan tin-tin,
dimana terdapat model seekor nyamuk Aedes besar di atas tin tersebut. Perbuatan
menjatuhkan tin tersebut adalah sebagai simbolik bahawa nyamuk Aedes perlu
dimusnahkan.
Guru Besar bersedia menggelek bola memusnahkan Nyamuk Aedes. |
Nyamuk Aedes berjaya dihapuskan. |
Para guru dan murid juga menyanyikan lagu denggi semasa berlangsungnya
pelancaran program ini. Mereka menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersemangat.
Selain itu, terdapat maklumat mengenai denggi di dalam lirik lagu tersebut. Secara
tidak langsung, murid-murid memperolehi pengetahuan tentang denggi melalui
lirik lagu yang dinyanyikan tersebut.
Setelah selesai majlis, pihak sekolah mengadakan aktiviti gotong royong
peringkat sekolah yang menjadi salah satu usaha untuk menghapuskan denggi.
-Patrol Denggi SK Slim River-
No comments:
Post a Comment