Thursday, 29 October 2015

Ceramah Demam Denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang

Ceramah Demam Denggi telah disampaikan oleh En. Wan Ahmad Multie B. Wan Abd Rahman, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang pada hari Jumaat bersamaan 30 November 2015. Program ini melibatkan semua murid-murid Tahap 1 manakala hanya sebahagian murid yang tidak terlibat dengan aktiviti Treasure Hunt sahaja yang turut sama menyertai ceramah ini. Semoga segala maklumat yang telah disampaikan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Ceramah Demam Denggi

Penceramah berinteraksi dengan murid-murid.

Penceramah menerangkan cara-cara membanteras Nyamuk Aedes.

Murid-murid khusyuk mendengar ceramah.

Penerangan yang sangat jelas dengan menggunakan bahan visual.

Interaksi dua hala.

Bahan visual yang menarik.

Penceramah membuat ulasan keseluruhan.

Sesi ceramah ini telah berjalan dengan lancar dan murid-murid sangat beretika ketika di dewan. Semoga siri ceramah seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid sekalian dengan menjadikan diri mereka sebagai agen dengue patrol dirumah masing-masing.

Aktiviti Treasure Hunt Sempena Program Patrol Denggi

Aktiviti Treasure Hunt Sempena Program Patrol Denggi telah diadakan pada Hari Jumaat melibatkan murid-murid Tahap 2. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar.


Aktiviti baling tin di Lobi B.


Aktiviti telefon buruk sedang berlangsung.

Aktiviti Fesyen Menggunakan Surat Khabar.

Bekerjasama menyiapkan rantai manik.

Guru Besar memberikan sokongan.

Hooray, Misi Treasure Hunt Berjaya!

Pameran Patrol Denggi

Pameran Patrol Denggi telah diadakan pada hari Rabu bersamaan  29 Oktober 2015. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan pameran ini sangat dihargai. Jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa pameran patrol denggi yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Pameran Patrol Denggi dengan jayanya.

Cikgu Roslina sedang menyiapkan kain hiasan untuk pameran.

Kerjasama antara guru dan murid dalam persiapan pameran denggi.

Laman Pameran Patrol Denggi

Antara maklumat yang dipaparkan.

Cegah denggi sebelum parah.

Dengue Patrol SKSR

Maklumat dan brosur yang dipamerkan.


Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Patrol Denggi

Program Patrol Denggi dirancakkan lagi dengan Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1 yang telah diadakan pada 26 Oktober 2015 bermula jam 10.30 pagi di Lobi Sekolah manakala Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 pula telah diadakan pada 27 Oktober 2015 di Dewan Sekolah. Semua murid memberikan kerjasama yang baik di sepanjang aktiviti berlangsung.

Penerangan dari penyelaras program.


Murid-murid tekun mewarna.


Murid-murid kreatif melukis poster.

Cikgu Murthi serius mengawasi murid.


Wednesday, 28 October 2015

Aktiviti Gotong Royong Bersama Komuniti Kampung Kurnia

          Pada 15 Oktober 2015, pihak Sekolah Kebangsaan Slim River dengan kerjasama penduduk Kampung Kurnia telah mengadakan gotong royong di sekitar kawasan Kampung Kurnia. Gotong royong ini bermula jam lapan pagi dan berakhir pada jam sebelas pagi. Pada dasarnya program gotong royong ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan kawasan yang berisiko untuk menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes. Program ini diharapkan dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan kebersihan kawasan sekitar terutamanya kawasan yang berdekatan dengan kawasan persekolahan daripada pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, program sebegini juga secara tidak langsung, dapat mengeratkan silaturrahim melalui penglibatan menyeluruh antara guru, murid, kakitangan sekolah dan komuniti Kampung Kurnia.

Murid-murid mengutip sampah di sepanjang jalan.


Operasi gotong-royong di kawasan semak.


Antara ahli PIBG yang turut serta.


Tolong-menolong sesama rakan.






Jadual Aktiviti Program Dengue Patrol (13 – 30 Oktober 2015)

  • Bil
    Tarikh
    Masa
    Program
    1.
    13.10.2015 (Selasa)
    8.00 pagi-9.00 pagi
    ·      Pelancaran Program
    ·      Aktiviti Gotong Royong Peringkat Sekolah
    2.
    15.10.2015 (Khamis)
    8.00 pagi-10.00 pagi
    Gotong-royong bersama komuniti Kampung Kurnia
    3.
    16.10.2015 (Jumaat)
    8.00 pagi-10.00 pagi
    Gotong-royong bersama AJK Masjid Sultan Idris II, Slim River.
    4.
    13.10.2015 hingga 30.10.2015
    11.00 pagi-1.00 tengahari
    ·      Mewujudkan info dan maklumat berkaitan program di pondok bacaan
    ·      Menghias pondok bacaan
    ·      Membina model Nyamuk Aedes untuk Program Dengue Patrol
    5.
    13.10.2015
    hingga 30.10.2015
    8.00 pagi-1.00 tengahari
    ·      Membina portal Dengue Patrol
    ·      Mengemaskini Buletin
    ·      Dengue Inspektor
    ·      Mengemaskini rangkaian media sosial berkaitan Dengue Patrol
    6.
    28.10.2015 (Rabu)
    8.00 pagi-10.30 pagi
    ·      Aktiviti TREASURE HUNT (MURID TAHAP 2)
    ·      Tayangan video mengenai denggi
    (MURID TAHAP 1)
    7.
    29.10.2015 (Khamis)
    8.00 pagi-1.00 tghari
    Pameran Pencegahan Denggi
    8.
    30.10.2015 (Jumaat)
    7.40 pagi-9.00 pagi
    ·      Penyampaian Hadiah Pertandingan
    ·      Persembahan Seni Dengue Patrol

Tuesday, 27 October 2015

Majlis Perasmian Patrol Denggi Peringkat Sekolah


Pada 13 Oktober 2015, satu pelancaran program pencegahan denggi yang diberi nama program “Dengue Patrol” telah diadakan di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Slim River. Dengue Patrol adalah sebuah program kemasyarakatan yang ditaja oleh Sanofi Pasteur. Program ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Sanofi Pasteur untuk mengambil langkah proaktif yang melibatkan pendidikan dan penyertaan orang ramai terutamanya generasi muda bagi meningkatkan kesedaran tentang denggi dan kesihatan awam serta mempromosikan langkah pencegahan untuk perlindungan yang lebih luas untuk penyakit ini.


Ucapan Perasmian Oleh Tn. Hj. Saaidin B. Ardi, Guru Besar SK Slim River.

Di dalam ucapan beliau, beliau menyeru agar pelajar-pelajar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan rumah seperti membuang sampah ke dalam tong sampah kerana amalan tersebut boleh mengelakkan sampah tersebut menjadi tempat takungan air dan seterusnya boleh mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.


Simbolik Program Dengue Patrol

          Gimik pelancaran iaitu guru besar perlu menggelek bola untuk menjatuhkan tin-tin, dimana terdapat model  seekor nyamuk Aedes besar di atas tin tersebut. Perbuatan menjatuhkan tin tersebut adalah sebagai simbolik bahawa nyamuk Aedes perlu dimusnahkan.  

Guru Besar bersedia menggelek bola memusnahkan Nyamuk Aedes.


Nyamuk Aedes berjaya dihapuskan.


Para guru dan murid juga menyanyikan lagu denggi semasa berlangsungnya pelancaran program ini. Mereka menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersemangat. Selain itu, terdapat maklumat mengenai denggi di dalam lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid memperolehi pengetahuan tentang denggi melalui lirik lagu yang dinyanyikan tersebut.



Setelah selesai majlis, pihak sekolah mengadakan aktiviti gotong royong peringkat sekolah yang menjadi salah satu usaha untuk menghapuskan denggi.


-Patrol Denggi SK Slim River-