Tuesday 10 November 2015

Majlis Penutup Program Dengue Patrol SK Slim River

Majlis Penutup Program Dengue Patrol SK Slim River telah diadakan seperti yang dirancang. Bersyukur atas kurniaan kudrat untuk menjayakan semua aktiviti yang dirancang sepanjang program ini berlangsung. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan setiap perancangan yang telah diatur.

Ucapan perasmian penutup oeh Tn. Hj. Saaidin B. Ardi, Guru Besar SK Slim River.

Selepas selesai ucapan perasmian penutup oleh tuan guru besar, majlis diteruskan lagi dengan persembahan drama pendek oleh murid-murid pra sekolah yang sangat comel. Kostum nyamuk yang dipakai memang menarik. Tahniah kepada guru-guru pra sekolah dan pembantu-pembantunya atas komitmen yang diberikan.

Si Cilik bersedia membuat persembahan.
Persembahan yang sangat menghiburkan.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan persembahan drama dari murid tahun 6 yang berkisar tentang demam denggi dan puncanya. Kisah yang agak menyedihkan kerana pada akhir cerita, Adib telah meninggal dunia kerana demam denggi. Ingatlah, denggi boleh membunuh!

Persembahan Drama Pendek Murid Tahun 6

Tuan Doktor sedang mengenalpasti penyakit.
Erk, Demam Denggi??
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta yang menang semasa program dengue patrol ini berlangsung. Murid-murid sangat teruja dengan pencapaian masing-masing dan semoga mereka mampu menjadi Agen Dengue Patrol di mana saja mereka berada.